FOLLOW l DASHBOARD
Introduction♥

Hello candies, welcome to my fanfic. I am Nadhirah from the Candy Meow. Please do respect me, my blog and my works. Do not ever plagarize my works and please do not use any harsh words towards me. Don't be a loser who don't have a life to spare. Have a good life and proud to be the Original you. Thank you for visiting and please do enjoy your stay here.


Older Post♥ | Newer Post♥

Candy Novel Meow.
When my imagination begins...
Biography♥
Know this Candy maker♥

This young writer named as Nurul Nadhirah Amalina. Her age is sixteen and was born on June 25 1995. She lives in Malaysia and currently studies at SMK Bandar Baru Bangi. She is a die hard fan of Pink, Blue, Green, White, Black and purple. She loves to draw Anime cartoons, doodlings, read comics, eating chocolates and plays with cats. She is currently hates copycats, haters, people with pirates hearts and slanderers. She also a Taekwondo student and sometimes she practices her skills alone. She has created some stories 2 years ago and wrote it down in a simple book. She copied her works and paste it in this lovely blog just to share her imaginations with you. Please don not plagarize her works and respect her as a writer.




Love is a nature, and nobody can avoid LOVE♥

Monday, December 19, 2011 | 8:54 PM | 0 comments



Mereka memegang tanganku dan mereka telah meyakinkan aku. Aku berasa gembira dan tersenyum gembira. Aku gembira dan bahagia kerana diberi kawan-kawan yang baik. Betul kata Maysha. Dia akan jaga aku melalui mereka. Terima kasih Maysha, kau telah meyakinkan aku. Aku akan cuba untuk berani.

. . . . .

Setiap hari aku dibuli oleh Kim Nara dan kawan-kawannya. Tetapi, aku masih boleh bertahan kerana kawan-kawan aku sentiasa berada di sisi. Meja aku diconteng dengan kata-kata kesat, dan aku mendapat tuduhan. Aku terpaksa memadamnya sendiri. Apabila aku di tandas, aku disimbah dengan air. Apabila aku di padang aku dibaling bola dan aku pernah tersungkur lalu pengsan. Sudah lebih dua bulan aku menghadapi masalah bersama Kim Nara.

Sewaktu menghadapi masalah itu, aku tidak berasa takut kerana aku dapat merasakan bahawa Maysha ada bersamaku. Sepanjang itu, Mama dan Papa langsung tidak tahu tentang ini. Sepanjang dua bulan itu juga, Lee Junho melamar aku untuk menjadi teman wanitanya. Tetapi, aku takut untuk terima lamarannya.

Di kelas, sebelum cikgu Bahasa Korea masuk, Naeyang, Jo Kwon dan Jo Minwoo berkumpul bersama aku. Kami bersembang tentang Maysha.

Naeyang : Mia, awak berani la sekarang. Kim Nara tu buat apa-apa pun awak okay je. Dulu masa saya dibuli, saya asyik menangis je.

Mia : Saya berani sebab roh kakak kembar saya sentiasa berada disisi saya. Dan saya juga dah janji dengan dia yang saya takkan nangis lagi.

Mereka hanya tersenyum dan menganggukkan kepala mereka. Jo Kwon terus memegang tangan aku dan melutut.

Jo Kwon : Mia ! Awak kata awak ada kakak kembar? Cantik tak? mesti cantik kan? Wahh, kalau lah dia masih hidup, mesti saya akan jadikan dia girlfriend saya. Hehehe.

Jo Minwoo : Ahh kau. Perangai macam budak-budak, ada hati nak kapel. Lagipon, nama pun kembar, mestilah muka kakak dia sama dengan dia. Apa lah.

Naeyang : Hahahhaa. Jo Kwon, Jo Kwon.

Mia : Hahaha. Ya, betul kata Minwoo. Muka dia serupa dengan saya. Kami kembar seiras. Hanya Mama dan Papa sahaja yang boleh kenal kami.

Jo Minwoo : Mia, macam mana dia boleh mati? Apa nama dia?

Aku terus muram apabila Minwoo bertanya seperti itu. Pada awalnya, aku tidak mahu menceritakan perkara itu. Tetapi, aku ingin berkongsi.

Jo Kwon : Woi Minwoo ! Kenapa kau tanya macam tu? Kesian Mia.

Naeyang : Yelah, awak tak patut tanya macam tu.

Jo Minwo : Emm, maaflah Mia. Saya dah lukakan hati awak. A.. Awak tak perlu cerita ya.

Aku tersenyum dan membuka hati aku untuk menceritakan tentangnya.

Mia : Takpelah Naeyang, Kwon. Saya tak apa-apa. Namanya Maysha Yuri. Kami sangat rapat. Maysha lahir 6 minit sebelum aku. Dia seorang kakak dan seorang anak yang baik. Dia selalu jaga saya. Dia tak pernah lupakan saya. Dia seorang yang lemah lembut. Dia juga berani dalam segala segi. Dia meninggal dunia sewaktu kami berumur 12 tahun. Dia telah mengalami kemalangan sewaktu pulang dari sekolah. Dia koma selama dua minggu. Saya sangat menderita melihat dia koma. Apabila dia sedar dari komanya, saya sangat gembira. Tetapi, keadaan dia memburuk. Mungkin waktu itu, dia tahu bahawa dia akan pergi selama-lamanya. Jadi, dia meminta agar ginjalnya dan hatinya di serahkan pada saya.

Jo Kwon : Tapi, kenapa dia nk bagi awak Mia?

Mia : Saya telah disahkan sakit jantung berlubang dan kerosakan ginjal pada usia 10 tahun. Dah 2 kali saya melakukan pembedahan ginjal. Tapi, kedua-duanya gagal. Hati Maysha sepatutnya diserahkan pada saya. Tapi, hatinya disahkan dijangkiti kuman. Sampai sekarang, saya masih menanti penderma hati dan ginjal yang sesuai. Maaflah kalau cerita saya membuatkan awak tak suka. Itu yang saya alami.

Aku senyum pada mereka dan aku melihat, Naeyang dan Jo Kwon menangis mendengarkan ceritaku. Aku juga menitiskan air mata kerana terlalu sedih mengenangkannya.

Jo Minwoo : Mia, saya harap awak sabar ya. Maysha pasti ada di syurga sekarang. Dan kami akan mengamnbil alih tugas dia untuk jaga awak.

Naeyang : Ya Mia. Kami sayang awak. Bestfriends forever !!

Jo Minwoo & Jo Kwon : Bestfriends forever !!

Mia : Hehehe. Terima kasih korang. Saya sayang korang. Bestfriends forever !!

Aku berasa gembira dan lega kerana mempunyai kawan seperti mereka.

. . . . .

Semasa waktu rehat, aku dan kawan-kawanku berjalan menuju ke kantin. Tiba-tiba Lee Junho muncul di depan kami sambil tersenyum. Kawan-kawanku saling berpandangan dan meminta diri untuk pergi ke kantin dahulu.

Naeyang : Mia, kami ke kantin dulu ya. Jom korang.

Lee Junho : Hai Mia, awak nak ke kantin? Emm, boleh kita bercakap? Tapi bukan disini.

Mia : Emm, ya. Tentu saja.

Lee Junho membawa aku di atas bangunan sekolah.



Mia : Kenapa awak bawak saya kesini?

Lee Junho : Mia, saya.. Emm, saya jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali saya jumpa awak. Tapi, kenapa awak tolak lamaran saya?

Mia : Lee, saya.. Saya pun suka kan awak. Tapi, Kim Nara.

Lee Junho : Awak takut dengan dia? Awak jangan risau. Saya janji akan jaga awak selalu. Jadilah teman wanita saya Mia. Saya cintakan awak.

Mia : ....

Lee Junho : Tapi, kalau awak taknak, takpelah. Saya faham. Mungkin kita bukan ditakdirkan untuk bersama. Emm, kalau macam tu, saya pergi dulu. Saya nak ke padang untuk berlatih. Jumpa lagi.

Aku tidak mahu menghancurkan hubungan orang lain. Tetapi, Lee Junho lah yang menyelamatkan aku dari tuduhan mencuri. Aku juga sukakan Lee Junho. Dia telah membuatkan jantungku berdebar laju sewaktu dengannya. Aku pusing kebelakang dan aku menerima cintanya.

Mia : Err, Lee !! Sa.. Saya terima cinta awak. Saya nak jadi girlfriend awak.

Lee Junho : Betul ke? Ohh Mia. Saya janji akan cintai awak sepenuh hati saya. Saya berjanji.

Lee Junho berjanji dengan sepenuh hatinya sambil memegang tanganku. Aku gembira kerana dapat dicintai oleh lelaki yang baik sepertinya.


Bersambung...

Labels:



From your Royal Princess Eiramelyna.