FOLLOW l DASHBOARD
Introduction♥

Hello candies, welcome to my fanfic. I am Nadhirah from the Candy Meow. Please do respect me, my blog and my works. Do not ever plagarize my works and please do not use any harsh words towards me. Don't be a loser who don't have a life to spare. Have a good life and proud to be the Original you. Thank you for visiting and please do enjoy your stay here.


Older Post♥ | Newer Post♥

Candy Novel Meow.
When my imagination begins...
Biography♥
Know this Candy maker♥

This young writer named as Nurul Nadhirah Amalina. Her age is sixteen and was born on June 25 1995. She lives in Malaysia and currently studies at SMK Bandar Baru Bangi. She is a die hard fan of Pink, Blue, Green, White, Black and purple. She loves to draw Anime cartoons, doodlings, read comics, eating chocolates and plays with cats. She is currently hates copycats, haters, people with pirates hearts and slanderers. She also a Taekwondo student and sometimes she practices her skills alone. She has created some stories 2 years ago and wrote it down in a simple book. She copied her works and paste it in this lovely blog just to share her imaginations with you. Please don not plagarize her works and respect her as a writer.




Love is a nature, and nobody can avoid LOVE♥

Friday, December 9, 2011 | 6:22 PM | 0 comments



Nama aku Mia Hyuna. Aku berusia enam belas tahun. Aku merupakan anak perempuan kedua kepada Encik John Beckham dan Puan Yumi Beckham. Aku dilahirkan di Perth, Australia. Mama aku seorang berbangsa Korea dan berkahwin dengan ayah dan ayah seorang yang berbangsa Austalia. Aku bukan seorang gadis yang normal. Malah, aku mempunyai dua jenis penyakit yang iaitu Jantung berlubang dan buah pinggang sejak aku berusia 10 tahun. Aku pernah pergi ke sekolah. Tetapi selepas mengetahui bahawa aku mempunyai penyakit tersebut dan aku terus diberhentikan daripada pergi ke sekolah oleh Mama.

Aku terpaksa berhenti kerana aku tidak boleh letih dan aku tidak boleh aktif lagi. Sejak itu, aku hanya tinggal di rumah dan tidak melakukan apa-apa. Aku juga berhenti ketawa dan sentiasa menangis. Papa adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan Mama dulu merupakan seorang pensyarah perubatan di Australia. Tetapi dia berhenti dari pekerjaannya semata-mata untuk menjaga aku sepenuh masa. Aku kasihankan mama kerana telah berhenti dari cita-citanya itu hanya untuk aku. Kadang-kadang, aku merasakan bahawa aku seorang gadis dan seorang anak yang tidak berguna dan sentiasa membawa nasib malang kepada mereka.


Aku pernah mempunyai seorang kakak kembar yang sangat aku sayangi. Kami sangat rapat dan bahagia. Namanya Maysha Yuri. Wajah kami amat sama sehingga menyebabkan kami sukar dikenali. Hanya Mama dan Papa sahaja yang mampu mengenali kami. Maysha telah meninggal sewaktu kami berumur 12 tahun. Dia telah mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke sekolah. Sebelum meninggal, Maysha telah meminta kepada Mama untuk menyerahkan hatinya dan ginjalnya kepadaku. Sejak pemergiannya, aku selalu murung dan bersedih sehingga kini. Sewaktu aku ingin menjalani pembedahan untuk menerima organ itu, pembedahan aku gagal. Kerana hati Maysha telah menerima jangkitan kuman dan aku hanya boleh menerima ginjalnya sahaja. Kini, ginjal itu kembali rosak kerana aku tidak mampu menjaganya. Aku seorang yang lemah. Aku gagal menjaga organ Maysha.

Satu petang, pada 12 Februari, aku melihat ramai pelajar yang berlari-lari menuju masuk ke sekolah mereka. Aku juga melihat Naeyang dan adiknya Takase pergi ke sekolah. Mereka melambaikan tangan padaku dan aku hanya tersenyum pada mereka. Aku benar-benar mahu menjadi seperti mereka. Bermain di sekolah, Mendapatkan kawan baru dan belajar untuk mencapai cita-citaku. Saya sering berharap untuk menjadi doktor. Aku mahu menyembuhkan semua orang yang mempunyai penyakit yang sama seperti aku. Aku mahu menjaga Mama dan Papa setiap hari. Sama seperti yang mereka lakukan kepadaku. Aku mahu menjadikan mereka bangga dengan aku dan menyayangi aku sentiasa.

Aku masuk ke dalam rumah dan memikirkan sesuatu. Aku ingin bertanya kepada Mama dan Papa untuk izinkan aku pergi ke sekolah. Tetapi aku bimbang jika mereka tidak akan membiarkan aku berbuat begitu. Aku sangat menyayangi mereka, tetapi aku perlu melakukan sesuatu untuk meyakinkan mereka.

Sewaktu sarapan pagi, aku duduk di ruang makan dan merenung Mama dan Papa. Mama sapukan jem strawberi pada roti dan memberikannya kepadaku. Aku perlahan-lahan mengambil roti dan gigit dihujung roti. Aku letakkan roti dan mengambil segelas susu dan minum sedikit.

Mama : Sayang, kau ada masalah ke? Kau okey tak? Mama lihat kau macam tak sihat je.

Mia: Hmm, Saya ok Ma. Mama tak perlu risau, okay.

Mama : Mesti ada sesuatu yang Mia bersembunyi dari Mama dan Papa kan? Mia, beritahu Mama. Apa yang Mia sorok?

Aku kelipkan mataku untuk beberapa kali dan aku berkata,

Mia : Ya, Mia ada sesuatu untuk bagitahu Mama dan Papa. Emm, ini tentang sekolah. Saya mahu pergi ke sekolah, Mama, Papa. Tolong benarkan saya pergi. Saya, saya berjanji saya akan jaga diri sendiri. Mama dan Papa boleh pegang kata-kata saya.

Tiba-tiba ayah bersuara,

Papa : Apa? Mia, kau tahu yang kay tidak boleh letih atau aktif lagi. Mia sakit, Mia sangat sakit! Mengapa Mia mahu pergi ke sekolah? Kami tidak akan membiarkan Kau pergi, Mia. Tidak sekali-kali! Ingat kata-kata Papa, TIDAK!

Aku amat terkejut dan berkata,

Mia : Tetapi saya berjanji untuk menjaga diri sendiri, Papa. Saya berjanji! Tolonglah .. saya merayu pada Papa dan Mama..

Mama : Mia, kami minta maaf, tetapi kau tidak boleh pergi ke sekolah. Ia berbahaya untuk kesihatan kau, Mia. Kita tidak tahu apa akan berlaku di sekolah."

Mia : Kenapa mesti saya mempunyai penyakit? Saya tidak mahu menjadi lain dari yang lain. Saya tidak mahu menjadi orang yang tidak berguna! Saya benci diri saya! Mungkin saya patut mati dan Mama dan Papa tidak akan penat untuk menjaga Mia!

Aku berkata dengan nada marah dan sedih. Aku segera beredar dari situ dan terus ke bilikku. Aku benar-benar kecewa pada diri aku kerana aku seornag yang membawa malang. Aku tidak mahu membebankan Mama dan Papa aku untuk penyakit bodohku ini. Aku hanya mahu menjadi seorang gadis biasa dan pergi ke sekolah seperti orang lain.

Bersambung....

**Princesseiramelyna**

Labels:



From your Royal Princess Eiramelyna.