FOLLOW l DASHBOARD
Introduction♥

Hello candies, welcome to my fanfic. I am Nadhirah from the Candy Meow. Please do respect me, my blog and my works. Do not ever plagarize my works and please do not use any harsh words towards me. Don't be a loser who don't have a life to spare. Have a good life and proud to be the Original you. Thank you for visiting and please do enjoy your stay here.


Older Post♥ | Newer Post♥

Candy Novel Meow.
When my imagination begins...
Biography♥
Know this Candy maker♥

This young writer named as Nurul Nadhirah Amalina. Her age is sixteen and was born on June 25 1995. She lives in Malaysia and currently studies at SMK Bandar Baru Bangi. She is a die hard fan of Pink, Blue, Green, White, Black and purple. She loves to draw Anime cartoons, doodlings, read comics, eating chocolates and plays with cats. She is currently hates copycats, haters, people with pirates hearts and slanderers. She also a Taekwondo student and sometimes she practices her skills alone. She has created some stories 2 years ago and wrote it down in a simple book. She copied her works and paste it in this lovely blog just to share her imaginations with you. Please don not plagarize her works and respect her as a writer.




Love is a nature, and nobody can avoid LOVE♥

Saturday, December 10, 2011 | 5:26 PM | 2 comments


Aku berlari anak dan menuju ke arah Mama. Lelaki itu memanggilku tetapi aku sangat malu dan tidak mengendahkannya. Dia tetap memanggilku. Akhirnya, aku berasa lega kerana sudah tiba di kereta. Mama bertanya kepadaku,

Mama : Sayang, kau kenapa? Termengah-mengah begitu.

Mia : Err, ahh. Mia tak.. Apa- apa.. Jom Mama, Papa.

Aku masuk ke dalam kereta dengan pantas. Aku masih penat dan aku terpandang ke arah pejabat. Aku melihat pelajar misteri itu memandangku dan memanggilku. Aku terus mengalihkan pandanganku dari dia.

. . . . . . . . .


Sewaktu makan malam, aku ingin melihat jam, tiba-tiba aku sedari bahawa jam tanganku tiada di tangan. Aku sangat panik dan Papa bertanya,

Papa : Kenapa ni Mia? Macam cacing kepanasan je.

Mia : Emm, Mi.. Mia.. emm, Jam Mia, Pa. Jam tuu..

Mama : Jam tu kenapa? Rosak? Kalau rosak, kita hantar lah ke kedai.

Mia : Emm, bu.. bu.. bukan. Jam tu hiii lang.

Papa : Apa?! Hilang? Macam mana boleh hilang? Kau letak dimana?

Mia : Tadi siang, Mia pakai. Mia rasa, jam tu tercicir. Masa langgar seorang pelajar disitu. Maafkan Mia Papa, mama.

Mama : Ohh. Takpelah. Nak buat macam mana. Nanti kita beli yang baru.

Papa : Hmm, pasti pelajar tu seronok kerana telah dapat jam yang mahal. Kaya lah dia. Mia tau tak, jam itu dari Paris. Mahal harganya.

Mama : John, tak mengapalah. Bukan salah Mia. Jam tu dah hilang. Kita tak boleh rewind masa kan? Kita belikan saja yang baru.

Mia : Maafkan Mia Papa. Mia tau Mia salah. Maafkan Mia.

Papa : Tak pelah. Nanti kita cari yang baru.

Kesian Papa. Pasti Papa kecewa dengan aku. Aku akan cari pelajar itu dan tanya kepadanya.


. . . . . . . .

Mama mengajarkan aku Bahasa Korea dan juga dibantu oleh Naeyang jika Mama sibuk. Aku belajar dengan tekun dan bersemangat. Kini, aku sudah boleh berbahasa Korea, tetapi hanya perkataan basics sahaja.

Hari ini, Hari Jumaat. Hari aku akan mengambil ujian Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea untuk bersekolah. Aku sudah bangun awal-awal pagi lagi. Aku sangat gembira dan tidak sabar untuk bersekolah. Mama telah menyediakan aku sarapan yang berkhasiat. Selepas sarapan, Papa dan Mama bawa aku ke sekolah dan menemani aku untuk mengambil ujian.

Aku menjawab soalan-soalan itu dengan tenang. Aku tidak memikirkan kesusahan sama sekali. Aku hanya tersenyum sambil menulis. Mama dan Papa menunggu aku di luar pejabat. Di hadapanku hanya Pengetua Jasmine. Setelah selesai kertas Bahasa Inggeris, aku diberi masa setengah jam untuk berehat. Sewaktu masa rehat, aku, Mama dan Papa makan tengahari di kantin. Pelajar-pelajar di situ hanya memandang kami tetapi tiada siapa yang tegur. Mungkin mereka malu, sama seperti aku.

Aku seterusnya kembali ke pejabat untuk menjawab soalan Bahasa Korea pula. Aku sedikit kekok kerana soalan bertanyakan maksud-maksud perkataan Korea ke English. Tetapi, aku masih ingat kerana aku telah diberi semangat dan ajaran oleh Mama dan Naeyang. Setelah selesai, aku mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Jasmine. Aku diminta untuk menunggu panggilan dari beliau.

. . . . . . . . . . .


Hari ini hari Ahad. Aku masih setia menunggu panggilan dari Pengetua Jasmine untuk memberitahu tentang markah aku. Aku seperti cacing kepanasan kerana aku sering mundar-mandir di hadapan telefon. Sewaktu sarapan, pada jam 8 pagi, telefon rumahku berbunyi. Aku berlari lalu menjawab. Ternyata hanya Nenek aku yang menelefon dari Amerika.

Nenek : Hello..

Mia : Hello, Pengetua Jasmine?!

Nenek : Mia ke ni? Mia, ini Nenek, sayang. Mia sihat? Macam mana kesihatan kau?

Mia : Ohh, Nenek. Mia ingat.. Emm, Mia sihat, Nek. Nenek macam mana? Sihat? Atuk pula?

Nenek : Ya, Nenek sihat. Atuk juga sihat. Mama kau ada di situ? Boleh Nenek bercakap dengan Mama?

Mia : Ya, tentu sahaja. Kejap ye Nek.


Aku menghulurkan telefon kepada Mama. Aku kembali ke tempat makan dengan muka yang masam. Aku sangat hampa kerana itu bukan panggilan untukku. Setelah Mama selesai berbicara, Mama duduk semula. Tiba-tiba telefon itu berbunyi lagi. Mama mengangkatnya semula. Aku berfikir, itu hanya Nenek yang terlupa sesuatu. setelah selesai, Mama kembali ke meja makan. Aku sudah duga, itu hanya Nenek.

Mama meminta aku siap dan mereka membawa aku ke suatu tempat. Kami tiba di mall? Untuk apa kami disini? Aku keluar dan kami pergi ke kedai Uniform. Di kedai itu terdapat banyak baju sekolah. Mama memilih pakaian sekolah untukku. Aku hanya tercengang. Aku menarik Mama dan aku bertanya, apa yang berlaku?

Mia : Mama, kenapa Mama bawa Mia ke sini? Kita kan belum pasti sama ada Mia layak atau tidak.

Mama : Hahahah, Mia sayang. Kau layak. Kau sudah diterima. Esok, kau mesti ke sekolah. Tadi, panggilan selepas Nenek itu adalah panggilan dari Pengetua Jasmine, sayang. Mama sengaja tidak mahu memberitahu kau kerana Mama nak beagi suprise untuk kau. Mari kita beli uniform kau ya.


Aku tersenyum lebar dan lantas aku masuk ke kedai untuk membeli baju sekolah. Pada malam itu, aku asyik dengan baju sekolahku. Sehingga Mama menyuruh aku tidur awal. Aku tidak boleh tidur dengan nyenyak kerana aku terlalu excited untuk kesekolah. Mama takut aku kepenatan, jadi aku cuba untuk tidur.

Pagi-pagi lagi aku telah bangun. Aku disediakan sarapan yang banyak dan aku diminta oleh Mama untuk memakan sarapanku sehingga habis. Mama terlalu risau akan kesihatanku, walaupun aku banyak kali cuba untuk meyakinkannya. Setelah sarapan, Papa menghantar aku ke sekolah. Aku terserempak dengan Naeyang di luar dan aku meminta agar Neayang diberi tumpangan bersamaku.


Sampai sahaja aku di sekolah, jantungku berdebar laju. Aku gementarkerana selama 6 tahun aku tidak bersekolah. Aku berjalan bersama Naeyang menuju ke pejabat. Naeyang diminta balik ke kelas dan aku dibawa oleh Pengetua Jasmine ke kelasku. Pengetua Jasmine memasuki ke kelas itu dahulu tetapi aku malu untuk ikut. Pengetua memperkenalkan namaku di kelas.

Pengetua Jasmine : Selamat pagi, kelas.

Pelajar-pelajar : Selamat pagi, Pengetua Jasmine.

Pengetua Jasmine : Baiklah, kamu akan menerima seorang pelajar baru. Mia, silakan masuk.

Aku berjalan dengan perlahan tanpa menoleh kiri atau kanan. Aku berdiri di hadapan Pengetua Jasmine.

Pengetua Jasmine : Kenalkan, ini Mia Hyuna. Baiklah, dia pelajar dari Australia. Jadi, dia tak tahu berbahasa Korea. Saya harap kamu akan membantu dia ya.

Naeyang : Puan ! Di sebelah saya tiada orang. Jadi, apa kata kalau Mia duduk di sebelah saya?

Pengetua Jasmine : Ya, baik. Mia, awak boleh duduk disebelah Naeyang.


Aku sangat gementar apabila diperkenalkan. Tetapi, aku berasa lega kerana ternyata, aku sekelas dengan Naeyang di Kelas Mawar Merah. Apabila aku duduk, semua pelajar mahu berkenalan dengan aku. Mereka mengelilingi aku. Aku mula berasa sesak nafas dan Naeyang menjadi pahlawan aku.

Naeyang : Hei ! Kenapa dengan korang ni?! Jangan la kepung Mia. Kesian dia. Jauhkan diri korang.

Naeyang memarahi mereka dalam bahasa Korea. Aku tidak faham tetapi aku tahu bahawa dia menolongku. Aku berasa lega dan nafasku kembali normal. Kemudian, guru pelajaran Matematik masuk ke kelas kami dan mula mengajar. Aku diberi perhatian yang lebih kerana aku tidak boleh berbahasa Korea.

. . . . . .



Tiba masa rehat, aku diajak oleh Naeyang untuk ke kantin. Dia memegang tanganku dan kami berlalu ke kantin. Naeyang membawa aku ke arah meja kantin yang diduduki orang lain. Apabila orang itu pusing ke belakang, rupanya dia adalah lelaki misteri yang melanggar aku sehingga jatuh. Aku terus melepaskan tanganku dari Naeyang.

Bersambung...

Labels:



From your Royal Princess Eiramelyna.