FOLLOW l DASHBOARD
Introduction♥

Hello candies, welcome to my fanfic. I am Nadhirah from the Candy Meow. Please do respect me, my blog and my works. Do not ever plagarize my works and please do not use any harsh words towards me. Don't be a loser who don't have a life to spare. Have a good life and proud to be the Original you. Thank you for visiting and please do enjoy your stay here.


Older Post♥ | Newer Post♥

Candy Novel Meow.
When my imagination begins...
Biography♥
Know this Candy maker♥

This young writer named as Nurul Nadhirah Amalina. Her age is sixteen and was born on June 25 1995. She lives in Malaysia and currently studies at SMK Bandar Baru Bangi. She is a die hard fan of Pink, Blue, Green, White, Black and purple. She loves to draw Anime cartoons, doodlings, read comics, eating chocolates and plays with cats. She is currently hates copycats, haters, people with pirates hearts and slanderers. She also a Taekwondo student and sometimes she practices her skills alone. She has created some stories 2 years ago and wrote it down in a simple book. She copied her works and paste it in this lovely blog just to share her imaginations with you. Please don not plagarize her works and respect her as a writer.




Love is a nature, and nobody can avoid LOVE♥

Friday, December 9, 2011 | 7:26 PM | 0 comments


Aku sangat marah. Mama mengetuk pintu bilik aku dan berkata,

Mama : Mia, tolong bukak pintu ni. Kita mesti berbincang, sayang. Jangan buat macam ni kat Mama. Tolonglah sayang.

Mia : Tidak ! Mia taknak buka ! Mama tak pernah faham perasaan Mia. Mia nak pergi ke sekolah. Mia nak lawan penyakit tak berguna ni. Mia taknak jadi beban untuk Mama dan Papa.

Mama : Okay, Mia boleh cakap apa je yang Mia nak dekat Mama. Tetapi tolong buka pintu ni.


Aku berjalan perlahan-lahan ke pintu dan membukanya. Aku lihat Mama ada di depan pintu dan aku terus tunduk. Mama dengan cepat memeluk aku dengat erat. Aku lepaskan pelukan Mama dan berjalan ke arah katil dan terus duduk. Mama ikut aku dari belakang dan duduk di sebelahku.

Mia : Mia sangat sayangkan Mama. Tetapi Mia nak jadi anak yang berguna dan anak yang dibanggakan oleh Mama.

Mama : Mama tahu, sayang. Mama tahu yang Mia nak jadi sesuatu untuk kami. Tapi Mia dah pun jadi sesuatu yang sangat kami sayang. Mia anak Mama satu-satunya yang Mama ada sekarang. Mama dah kehilangan Maysha. Sekarang, Mama taknak kehilangan Mia pulak. Mia tahu kan, sekolah tu berbahaya kerana Mia boleh sakit dan penat kalau Mia ke sekolah. Kalau Mia penat, dan tak boleh bernafas? Macam mana Mama nk tolong? Mama tak boleh jaga Mia di sekolah.

Mia : Mama, tak pe. Mia.. Mia.. hmm. Ma, boleh tak Mama keluar? Mia nak berehat dan kumpulkan tenaga untuk pergi rumah Naeyang setelah dia pulang dari sekolah nanti. Kami dah berjanji nak jumpa.



Mama mencium dahiku dan bangun perlahan-lahan untuk beredar. Aku serba salah kerana telah meminta Mama keluar. Tetapi, aku tak dapat menahan rasa sedihku. Aku terus menangis dan menangis. Menjelang waktu petang, aku bersiap untuk ke rumah Naeyang.

Aku ke bawah dan menuju ke pintu. Mama memanggilku dan menyarungkan aku baju panas untuk menghangatkan aku. Tanpa berkata apa-apa, aku terus membuka pintu dan beredar. Aku berjumpa dengan Naeyang dan aku hanya tersenyum. Naeyang melihat aku dan terus bertanya,

Naeyang : Mia, awak sihat ke? Kenapa muka awak nampak sedih? Awak nak kongsi cerita dengan saya tak?

Mia : Emm, saya tak apa-apa lah. Saya hanya letih sahaja. Oh ya, awak kata, awak nak ajar saya Bahasa Korea. Jom lah.

Naeyang : Oh, ya. Saya hampir lupa. Nasib baik awak ingatkan saya. Jom.

Kami masuk ke bilik Naeyang dan dia bertanya,

Naeyang : Mia, dah lama saya nak tanya. Nama awak Mia Hyuna. Awak tau tak, Hyuna tu nama Korea. Mama awak Korea kan?

Mia : Ya. Mama Korea. Papa pulak orang Australia. Ada apa dengan itu?

Naeyang : Tapi, kalau Mama awak Korea, takkan awak tak tahu Bahasa Korea? Maaflah kalau soalan saya itu menyinggung perasaan awak.

Mia : Tak lah Naeyang. Awak tak menyinggung saya pun. Saya memang ada campuran Korea. Tapi, Mama tak pernah ajar saya Bahasa Korea. Saya hanya tahu beberapa perkataan basics je. Sebab tu lah saya nak belajar dengan awak. Supaya saya senang bergaul dengan orang-orang Korea disini.

Naeyang : Ohh, baru saya tau. Heheheh. Takpe, saya akan ajar awak ye. Mari kita mula...

Setelah sesi pembelajaran Bahasa Korea selesai, aku pulang ke rumah. Aku mandi dan turun kebawah untuk makan malam. Aku hanya makan sedikit sahaja. Kami langsung tidak bercakap. Setelah selesai, aku minta diri untuk kembali ke bilik.

Pada keesokan hari, aku bangun dan bersiap. Mama memanggilku untuk bersarapan. Sewaktu sarapan, Mama berkata,

Mama : Sayang, lepas sarapan ni, kau pergi bersiap ya. Kita nak pergi ke suatu tempat.

Mia : Ke mana Mama? Papa tak kerja ke?

Papa : Yelah, Papa hari ini cuti. Kita akan ke suatu tempat. Memandangkan Mia asyik sedih je, jadi, Mama dan Papa nak bawa Mia ke tempat yang speacial. Siap lah ya.

Aku termenung dan teruskan makan. Aku pelik, Mama dan Papa mahu bawa aku ke mana? Mengapa mereka berahsia. Adakah mereka mahu bawa aku shopping? Atau...

. . . . . . . . . . . . .

Mama : Sayang ! Kau dah siap ke? Kita nak pergi ni..

Mia : Oh, sudah Mama. Kejap lagi Mia turun.

Aku turun dan kami terus bertolak. Aku hanya menunggu kemana Mama dan Papa mahu bawa aku. Beberapa minit kemudian, kami sampai ke sebuah sekolah. Aku tergamam dan pelik. Mama mengajak aku keluar tetapi aku hanya rasa kaku. Kami berjalan menuju ke pejabat pengetua. Pelajar sekolah itu hanya melihat aku. Aku senyum kepada mereka.

Sewaktu berjalan, terdapat sekumpulan pelajar perempuan yang cantik-cantik. Apabila aku senyum kepada mereka, semua hanya menjeling dan tidak membalas senyumanku. Aku terus tundukkan kepalaku dan teruskan berjalan.

Kami tiba di pejabat dan Mama dan Papa meminta aku untuk tunggu diluar. Setengah jam aku berada diluar pejabat, namaku dipanggil oleh Mama. Aku masuk ke pejabat dan pengetua bertanya,

Pegetua Jasmine : Mia Hyuna. Betul?

Mia : Ya. Saya Mia Hyuna.

Pengetua Jasmine : Betul ke kamu mahu sekolah disini?

Mia : Ya, puan. Saya sangat impikan hal itu terjadi.

Pengetua Jasmine : Baiklah. Kamu boleh bersekolah disini. Tetapi, kamu harus mengambil ujian Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea. Kamu tidak perlu risau, kerana ujian Bahasa Korea hanyalah merupakan ujian basics sahaja. Ianya tak susah. Ia sangat mudah. Jadi, saya yakin kamu pasti mampu lakukan.

Mia : Betul ke?! Ter.. Terima kasih puan. Kam..sa..ham..nida.. Betul? Err, Terima kasih puan !

Pengetua : Bagus Mia. Kamu dah pun cuba berbahasa Korea. Sama-sama. Berusahalah. Datang kembali kesini 3 hari lagi ya. Saya sedia menunggu.

Aku tersenyum lebar dan bangun. Aku, Mama dan Papa tundukkan diri dan beredar. Aku tersenyum lebar semasa berjalan. Fikiranku berkhayal dan aku terbayangkan aku belajar di sekolah ini. Semasa berjalan, aku berlanggar dengan seorang pelajar lelaki. Aku tersungkur jatuh. Lelaki tu merenung aku dengan lama. Pandangan kami tersentap apabila rakannya memanggil. Aku mengalihkan pandangan dan cuba untuk bangun. Lelaki itu membantu aku bangun.

Lelaki misteri : Awak tak apa-apa? Bagaimana dengan kaki awak? Adakah awak terluka?

Mia : Ahh, saya tak apa-apa. Maafkan saya, saya harus pergi.

Aku berlari anak dan menuju ke arah Mama. Lelaki itu memanggilku tetapi aku sangat malu dan tidak mengendahkannya.

Bersambung...

Labels:



From your Royal Princess Eiramelyna.