FOLLOW l DASHBOARD
Introduction♥

Hello candies, welcome to my fanfic. I am Nadhirah from the Candy Meow. Please do respect me, my blog and my works. Do not ever plagarize my works and please do not use any harsh words towards me. Don't be a loser who don't have a life to spare. Have a good life and proud to be the Original you. Thank you for visiting and please do enjoy your stay here.


Older Post♥ | Newer Post♥

Candy Novel Meow.
When my imagination begins...
Biography♥
Know this Candy maker♥

This young writer named as Nurul Nadhirah Amalina. Her age is sixteen and was born on June 25 1995. She lives in Malaysia and currently studies at SMK Bandar Baru Bangi. She is a die hard fan of Pink, Blue, Green, White, Black and purple. She loves to draw Anime cartoons, doodlings, read comics, eating chocolates and plays with cats. She is currently hates copycats, haters, people with pirates hearts and slanderers. She also a Taekwondo student and sometimes she practices her skills alone. She has created some stories 2 years ago and wrote it down in a simple book. She copied her works and paste it in this lovely blog just to share her imaginations with you. Please don not plagarize her works and respect her as a writer.




Love is a nature, and nobody can avoid LOVE♥

Thursday, December 15, 2011 | 9:13 PM | 0 comments


Tiba masa rehat, aku diajak oleh Naeyang untuk ke kantin. Dia memegang tanganku dan kami berlalu ke kantin. Naeyang membawa aku ke arah meja kantin yang diduduki orang lain. Apabila orang itu pusing ke belakang, rupanya dia adalah lelaki misteri yang melanggar aku sehingga jatuh. Aku terus melepaskan tanganku dari Naeyang.

Aku hanya menundukkan kepala. Tiba-tiba pelajar itu bersuara,

Jo Minwoo : Hei, awak yang haritu langgar saya kan?

Naeyang : Apa? Mia, awak kenal Jo Minwoo ke?

Mia : Bukan saya yang langgar, tapi dia. Kami terjatuh semasa berlanggar.

Jo Minwoo : Hahahaha. Apalah, itu pun nak berkira. Ahh, tak kisah lah. Awak apa khabar? Oh ya. Awak tertinggal sesuatu semasa berlanggar. Kau hilang jam kan?

Mia : Hah? Ohh, ya. Jam saya hilang. Ia bewarna pink. Bagi la balik.

Jo Minwoo : Garangnya. Ya, saya ada simpan. Tapi kat kelas. Nanti saya kasi. Awak beruntung kerana awak berlanggar dengan orang yang handsome dan jujur macam saya. Kalau tak, tentu saya kaya. Jam tu pasti mahal kan? By the way, saya Jo Minwoo. Dari kelas Mawar Merah. Sama dengan awak.

Aku berasa menyampah dengan pelajar itu. Aku hanya menjeling dan duduk. Aku langsung tidak perkenalkan namaku padanya. Sungguh berlagak.

. . . . .

Setelah makan, kami pulang ke kelas. Jam itu diserahkan padaku sebaik sahaja kami masuk ke kelas. Jo Minwoo menyerahkan sambil tersenyum. Senyuman yang gatal. Aku merampas jam itu lalu duduk di tempat aku. Jo Minwoo pun pergi dari situ. Tiba-tiba, sekumpulan pelajar perempuan datang ke tempatku. Merekalah yang menjeling padaku sewaktu pertama kali aku datang ke sekolah ini.

Kim Nara : Hei, kau ni muka Korea. Tapi taktau berbahasa Korea? Pelik !

Mia : Maaf, saya memang orang Korea. Tapi, ini pertama kali saya jejaki ke negara ini.

Kim Nara : Dengar ! Kau pelajar baru disini. Jangan berani dengan aku. Aku benci orang yang berlagak berani padaku. Faham ?!!!

Aku terkejut dengan kata-katanya. Aku hanya diam dan mengangguk. Naeyang datang padaku dan bertanya,

Naeyang : Kenapa dia tu? Dia ganggu awak ke Mia?

Mia : Taklah.

Naeyang : Awak kene berhati-hati dengan dia. Kerana, dia tu pelajar popular dan hot disini. Dia ialah ketua Cheerleaders disini. Dia juga suka membuli. Saya pernah dibuli tetapi sekarang tak lagi.

Aku berasa takut apabila Naeyang berkata begitu.

. . . . . .

Hari kedua, aku masih bersemangat. Papa menghantar aku seperti semalam. Aku berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba, seorang lelaki menegur aku.

Lee Junho : Hai. Awak pelajar baru di kelas Mawar Merah kan? Saya Lee Junho dari kelas Mawar Putih.

Mia : Emm, ya. Saya Mia Hyuna. Selamat berkenalan.

Lee Junho : Kita boleh berjumpa lagi? Saya ingin berkawan dengan awak Mia.

Mia : Emm, ya.

Aku berkata dengan perlahan dan tundukkan kepalaku. Dia kenyitkan matanya padaku dan terus beredar. Sewaktu di kelas, aku hendak keluarkan buku dari beg, Kim Nara menghempaskan tangannya ke meja aku. Aku amat terkejut dan dia terus berkata,

Kim Nara : Dengar sini ! Kau bukan lawanku. Kau tak layak untuk aku jadikan kawan. Aku nak bagi amaran keras pada kau. Jangan dekati Lee Junho. Atau hidup kau disini umpama neraka ! Faham?!!

Jaynah : Dengar tu ! Kau tu hanyalah pelajar baru yang tiada tandingan dengan Kim Nara.


Mereka menghempaskan sekali lagi tangan mereka dan terus pergi. Aku masih dalam keadaan terkejut. Tiba-tiba Jo Minwoo datang dan bertanya,

Jo Minwoo : Awak tak apa-apa Mia? Pedulikan Kim tu. Dia mental. Oh ya, betul ke awak rapat dengan Lee Junho?

Mia : Kenapa awak sibuk hal saya?! Saya baru sahaja kenal dengan dia. Lagipun, kenapa Kim Nara marah? Dia tak tau apa-apa pun.

Jo Kwon : Untuk pengetahuan awak, Kim Nara tu girlfriend Lee Junho.

Jo Minwoo : Ish, menyibuk je Jo Kwon ni. Mia, ini Jo Kwon, kawan saya yang ada dengan saya waktu itu. Eh, Kim Nara tu ex-girlfriend jelah. Kan dah putus.

Jo Kwon : Ahh, apa-apa lah. Janji, dia dah takda apa-apa hubungan dengan Lee Junho.

Mia : Sudahlah ! Saya taknak tau pun. Baik awak berdua balik ke tempat awak. Sebelum cikgu masuk. Tu pun Naeyang dah sampai.

Mereka berdua kembali ke tempat dan Naeyang duduk. Aku masih takut dengan ancaman Kim Nara. Pelajaran Bahasa korea telah bermula. Aku harus lupakan perkara itu dan belajar.

. . . . .

Waktu rehat, aku diajak oleh Naeyang, Jo Minwoo dan Jo Kwon untuk ke kantin tetapi aku ingin ke tandas dahulu. Aku minta agar mereka pergi dahulu dan aku akan susuli mereka. Setelah keluar dari tandas, aku menuju ke kantin. Dan aku terserempak dengan Lee Junho.

Lee Junho : Hai Mia. Awak nak ke kantin dengan saya?

Mia : Emm, takpelah. Saya dah janji untuk makan bersama kawan-kawan saya.

Lee Junho : Oh yeke. Hmm, Mia. Saya suka kan awak. Awak lain dari yang lain.

Mia : Tapi, Awak kan ex-boyfriend Kim Nara. Maaf kalau saya lancang. Tapi sebaiknya awak berbaik dengan dia. Dia lebih cantik.

Lee Junho : Dia hanya ex saya. Tak lebih. Perasaan saya pada dia sudah habis. Awak lebih lembut dari dia. Dan saya yakin awak yang terbaik untuk saya.

Mia : Maafkan saya, saya harus pergi.

Apa yang dia cakap tadi? Nasib baik Kim Nara tiada. Kalau dia lihat kejadian tadi, pasti dia marah.

. . . . . .

Semasa aku di kantin, Kim Nara ternyata melihat pertemuan antara aku dan Lee Junho. Dia masuk ke kelas kami dan menyelongkar beg aku. Dia memasukkan handphone nya dia dalam beg aku. Setelah selesai makan, aku dan kawan-kawan aku masuk ke kelas semula. Cikgu Kimia masuk ke kelas dan mulakan pelajaran kami. Tiba tiba, Kim Nara menjerit dengan kuat.

Kim Nara : Ahhhh !!!!!! Dah hilang !!!!

Cikgu Kimia : Kenapa ni Kim Nara? Apa yang hilang?

Kim Nara : Handphone saya cikgu !! Hilang !!

Cikgu Kimia : Kim Nara, segala kehilangan barang berharga disini bukan tanggungjawab sekolah. Awak yang cuai.

Jaynah : Cikgu, bukan Kim yang hilangkan. Tapi, saya lihat seseorang yang buka beg Kim nara.

Cikgu Kimia : Siapa? Beritahu saya dan saya akan hukum dia.

Jaynah : Dia.. Pelajar baru itu cikgu. Mia Hyuna.

Aku sangat terkejut dengan apa yang dia katakan. Aku bukan pencuri ! Aku langsung tak sentuh beg Kim Nara.

Cikgu Kimia : Siapa Mia Hyuna? Sila bangun dengan segera.

Aku bangun dengan perlahan-lahan. Muka aku sangat gelisah dan terkejut. Semua pelajar terkejut dengan perkara itu.

Kim Nara : Hei pencuri ! Kau pulangkan semula barang aku ! Dasar pencuri !

Cikgu Kimia : Sabar Kim Nara. Mia Hyuna, benarkah awak yang mengambil barang itu?

Mia : Tidak.. Saya bukan pencuri. Saya tak curi handphone itu. Tolong lah percaya pada saya.

Semua pelajar memandang aku dengan pandangan yang serius. Aku hanya mampu menangis dan aku sangat ketakutan. Aku bukan pencuri !

Bersambung...

Labels:



From your Royal Princess Eiramelyna.